Friday, January 28, 2011

roti tempayan

maaf lama tidak update.banyak kerja,banyak kekangan masa membantutkan niat untuk update blog.
kalau berkunjung ke Kuala Terengganu tidak salah kalau cuba roti tempayan.terletak di kawasan Batu Rakit,gerai roti tempayan ini betul betul berhadapan dengan Institut Pengajian Guru (IPG) batu rakit ini.
ape yang menariknya dengan roti tempayan ini adalah ianya amat sedap.kuahnye juga sangat menyelerakan.terdapat kuah ayam,daging dan juga kambing.dalam gambar saya memilih kuah ayam.my favourite..:)

untuk jimat.dua keping roti untuk satu kuah.

sudah kenyang..two thumb up.licin beb

p/s : sesuai untuk dinikmati di petang hari.selepas makan pergi bercanda dipesisiran pantai.indah bukan.:)
pantai terdekat adalah pantai batu rakit,pantai tok jembal.

Monday, January 3, 2011

secret recipe offer

jalan jalan petang tadi membawa saye serta si gadis ke secret recipe kuala terengganu.hajat dihati hendak makan lasagne secret recipe dan juga cheeze choc nya.kami order lasagne chicken oleh kerana lasagna beef telah kehabisan stok.minuman pula vanilla milkshake yang sangat sexy dan sedap.dan bonus untuk 1 slice cake di secret recipe minuman samaada teh ataupun kopi SECARA PERCUMA dari 3 petang hingga 6 petang.untung kan?sesuai untuk orang yang suka berjimat macam saya.kami pilih untuk makan black choc cake kalau tidak silap.kurang sedap ok.=_="

oh secret recipe banyak kek baru yang sexy sexy..

ini directory untuk ke secret recipe kuala terengganu.powered by google map.:)

click gambar untuk gambar lebih jelas

Sunday, January 2, 2011

laksam

sape lapa?lapa ya.jum tengok2 ape ade dalam entry ni.



ok pagi tadi bangun2 tido.g gosok gigi,basuh muke g terus dapur.hehe x nyempat je.tengok mak ngah buat laksam.care buat laksam ni agak cool ya.peralatan seperti talam berbentuk bulat dan senduk amat penting dalam membentuk laksam itu ya.ceduk cecair laksam tu.bukan kuah dia ya.ratekan atas talam.kalau nak lagi sedap buat nipis je.ratekan  biar penuh talam bulat tu.lepas tu stimkan dia beberape ketika.keluarkan dan gulungkan laksam tu.hasilnye macam ni..



yang seronoknye buat ni sebab ade kukus2 dan gulung2.hehe.so bila nak makan baru potong2 dia.macam ni

lepas tu isi kuah.sambal.timun ke ape ke.

lepas tu.MAKAN..:)

resepi :

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

senang bukan? selamat mencuba


mari menjamu selera disini..:)

pembuka kata dari admin : blog ini hasil dari minat saya dalam mencari dan menikmati makanan makanan yang terdapat di negara kita.khusus untuk penggemar penggemar makanan tempatan dan juga bukan tempatan.

do following me and support.:)