Friday, April 1, 2011

tomyam sexyyyy..!

hai readers. bersawang dah dapur ni ha. first owner dia sibuk jaga anak, jaga wife, cari rezeki untuk anak2. tak sempat hapdet blog. hehe. ok ni ada sikit berita menarik lagi hebat untuk peminat tomyam.


lokasi..? maaflah. kali ni rezeki untuk blogger2 hebat yang berada di utara, atau lebih specific, yang berada di penang. kenapa..? sebab kedai yang sangat hebat di tekak aku ni, terletak dalam Queensbay Mall, Penang, di foodcourt. korang jangan cari dalam Quicksilver ke CIMB ke toilet ke, memang tak jumpa tomyam sexy lah kan. aku ulang, sila cari di bahagian foodcourt. sila refer gambar di bawah.


rasa tomyam dia memang superbb lah kan. kalu setakat so-so je, aku tak update blog. hehe. mungkin sebab tomyam dia dalam claypot kot. sedap sangat, cukup rasa. masam, masin, pedas. tapi kalau korang dah rasa, and tak sedap, jangan hentam aku pulak. tekak lain2 ye dakk..?  


tu je. harap enjoy..! 


** lagi satu makanan claypot yang sedap aku penah rasa, dekat foodcourt jusco melaka. jusco lama tawu, bukan jusco baru yang besar gedabak tu. time tu aku makan nasik putih dengan ikan masak asam pedas. wah terangkatt.. tapi no picture lah sebagai bukti :)

Thursday, February 24, 2011

bubur vs nasi air. sama ke..?



wheewwww..!
assalamualaikum :)
wah. wah. 1st time menempek kat sini.

lama dah nak share nih, tapi ni baru ada masa. ok, memandangkan ni belog makan2 dan lapar2, malas lah nak bebel panjang lebar.

siapa tawu bubur..? siapa familiar dengan nasik air?
meh nak tanya sikit, bubur dengan nasik air sama ke..?

haha. atas nih aku panggil bubur..! bukan nasik air. kalau korang ada jawapan, share lah eh. 
'weh2. bubur je pon.!'
lantak pi lah. memang bubur je pon. tapi sedap dan menjadi feveret ( favourite )
aku tak tawu kenapa aku addicted sangat dengan bubur gini. kat hometown aku (mersing), ada satu kedai yang aku suka pegi bekfes mende nih. serius..! macam setiap kali balik kampung, mesti nak makan bubur kedai nih. sanggup woo bangun pagi tak mandi semata2 nak g makan bubur. pehhh. tak pun bubur ibu buat. ibu reti buat bubur camni taw..! tapi, sekarang ibu rajin bawak g kedai je. tu pun kalau ajak ibu. ibu tak rajin buatkan dah. kedai yang aku maksudkan;

 aku n family2 panggil 'kedai senin'.. 
terletak dalam 5 minit dari bandar mersing. 
lokasi : kampung tanjung, tepi pantai, dekat2 dengan menara kat Tanjung
[ tak paham? tanya orang mersing ]

apa special nya bubur nih? aku rasa macam serba serbi cukup rasa..! ;
telur masin. kacang goreng, carrot asin+telur, sambal cili padi ( superbbb ), kangkung sambal ( double slurrppppp ) ikan bilis goreng rangup kriukkk2. sedap tiada bandingan..! hehehe

menu lain yang aku ameq tahu kat kedai nih:
breakfast - roti canai, sup2, goreng2, nasik lemak ayam sedapppp
lain2 - mee bandung, mee kari, nasik goreng2, macam2 lah..

okay tu je. datang mersing cari lah kedai senin..! jangan pelik kalau orang ramai2 kat kedai tu. memang kadang2 kena berdiri dlm 5 minit ke 10 minit baru dapat seat.. sabar :)

Friday, February 11, 2011

restoran gong datok

restoran ini terletak di daerah kuala terengganu.bertempat di gong datok.gong datok ni terletak lebih kurang 4 minit perjalanan dari UMT.restoran ini dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar secara percuma.ceh bahase tak boleh blah je kan.senang cakap ada wifi percuma.dan restoran ini ade kemudahan tandas.ni pun nak kena cakap ke?haha

ape yang best restoran ni?mesti lah makanan nye.ape yang menarik adalah barisan roti2 canai yang tersedia di sini.antarenye adalah roti tisu, roti tampal, roti pisang, roti bom, dan pelbagai lagi.godek2 gambar tiada pula gambar roti2 berkenaan dalam simpanan.maaf ye pembace sekalian.=_=" tapi saya jamin roti2 yang ada kat kedai ni memang sedaplah..

lagi2..
restoran ni ade chim chum.ape tu chim chum? dia macam yang berupa dalam gambar tu.di atasnye adalah ruang untuk membakar daging, ayam dan juga sotong yang diberikan. disekeliling pula ruang untuk merebus sayur sayuran seperti kangkung dan juga lain2.rebus didalam sup.supnya pun sedap juga.harganye pun berbaloi.hanya rm18 untuk 1set.boleh diberi makan untuk 5-6 mulut. bahan2 nye juga boleh di topup kalau mahu.:) see the picture k..
sayur sayur nya..

daging dagingnya

ayam+sotong+daging

fishball, fish cake..

sedang dimasak

menyelerakan x?

sedap.x tipu punya

oh x lupa restoran ni juga ada nasi goreng nya tersendiri iaitu nasi goreng gong datok..:)

Friday, January 28, 2011

roti tempayan

maaf lama tidak update.banyak kerja,banyak kekangan masa membantutkan niat untuk update blog.
kalau berkunjung ke Kuala Terengganu tidak salah kalau cuba roti tempayan.terletak di kawasan Batu Rakit,gerai roti tempayan ini betul betul berhadapan dengan Institut Pengajian Guru (IPG) batu rakit ini.
ape yang menariknya dengan roti tempayan ini adalah ianya amat sedap.kuahnye juga sangat menyelerakan.terdapat kuah ayam,daging dan juga kambing.dalam gambar saya memilih kuah ayam.my favourite..:)

untuk jimat.dua keping roti untuk satu kuah.

sudah kenyang..two thumb up.licin beb

p/s : sesuai untuk dinikmati di petang hari.selepas makan pergi bercanda dipesisiran pantai.indah bukan.:)
pantai terdekat adalah pantai batu rakit,pantai tok jembal.

Monday, January 3, 2011

secret recipe offer

jalan jalan petang tadi membawa saye serta si gadis ke secret recipe kuala terengganu.hajat dihati hendak makan lasagne secret recipe dan juga cheeze choc nya.kami order lasagne chicken oleh kerana lasagna beef telah kehabisan stok.minuman pula vanilla milkshake yang sangat sexy dan sedap.dan bonus untuk 1 slice cake di secret recipe minuman samaada teh ataupun kopi SECARA PERCUMA dari 3 petang hingga 6 petang.untung kan?sesuai untuk orang yang suka berjimat macam saya.kami pilih untuk makan black choc cake kalau tidak silap.kurang sedap ok.=_="

oh secret recipe banyak kek baru yang sexy sexy..

ini directory untuk ke secret recipe kuala terengganu.powered by google map.:)

click gambar untuk gambar lebih jelas

Sunday, January 2, 2011

laksam

sape lapa?lapa ya.jum tengok2 ape ade dalam entry ni.



ok pagi tadi bangun2 tido.g gosok gigi,basuh muke g terus dapur.hehe x nyempat je.tengok mak ngah buat laksam.care buat laksam ni agak cool ya.peralatan seperti talam berbentuk bulat dan senduk amat penting dalam membentuk laksam itu ya.ceduk cecair laksam tu.bukan kuah dia ya.ratekan atas talam.kalau nak lagi sedap buat nipis je.ratekan  biar penuh talam bulat tu.lepas tu stimkan dia beberape ketika.keluarkan dan gulungkan laksam tu.hasilnye macam ni..



yang seronoknye buat ni sebab ade kukus2 dan gulung2.hehe.so bila nak makan baru potong2 dia.macam ni

lepas tu isi kuah.sambal.timun ke ape ke.

lepas tu.MAKAN..:)

resepi :

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

senang bukan? selamat mencuba


mari menjamu selera disini..:)

pembuka kata dari admin : blog ini hasil dari minat saya dalam mencari dan menikmati makanan makanan yang terdapat di negara kita.khusus untuk penggemar penggemar makanan tempatan dan juga bukan tempatan.

do following me and support.:)